SIMBOL PEMERIKSAAN SOALAN PENULISAN BAHASA MELAYU

BM BAHAGIAN B

Image

Masalah-masalah Ejaan dalam Penulisan Bahasa Melayu

Kesilapan yang sering dilakukan oleh calon UPSR Kertas Penulisan Bahasa Melayu ialah :
1. Kata Nama Khas
2. Kata Nama Am
3. Kata Majmuk
4. Rangkai Kata Terpisah
5. Kata Ganti Singkat
6. Imbuhan Pinjaman
7. Partikel
8. Tanda Sempang
Kata Nama Khas
-Huruf kecil digunakan pada permulaan kata nama khas.
Kata Nama Am
Partikel
– Terdapat empat partikel – lah, kah dan tah – sering disatukan dengan perkataan sebelumnya. (bilalah, bilakah, bilatah)
– Ada dua cara menulis pun
i. pun yang bererti ‘juga’ ditulis terpisah
Saya pun mahu pergi
ii. pun yang dianggap kata hubung / wacana ditulis serangkai.
adapun, andaipun, ataupun, sekalipun

Penulisan Bahagian A

Format Bahagian A
1. Dalam bahagian A, calon akan diberikan gambar tunggal atau bersiri yang menunjukkan peristiwa, situasi, aktiviti, amalan, jadual, peta dan lain-lain yang bersesuaian.
2. Calon diminta membina lima (5) ayat sahaja yang berkaitan dengan gambar.
3. Keseluruhan jawapan memperuntukkan 10 markah.
4. Masa yang dicadangkan 15 minit.
1. Fahami arahan soalan, buat ayat berdasarkan arahan soalan sama ada ;
a. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar.
b. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
c. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
d. Tuliskan amalan gaya hidup sihat yang terdapat dalam gambar.
2. Bagi arahan soakan yang berkehendakkan aktiviti (1b), ayat hendaklah disempurnakan dengan aktiviti, yakni kata kerja.
3. Perhatikan dengan teliti gambar yang diberikan. Catatkan maklumat/ kata kunci yang terdapat dalam gambar.
Semasa Menjawab
1.Pilih maklumat-maklumat yang penting sahaja.
2. Kembangkan maklumat dalam membentuk ayat yang sempurna menggunakan kata hubung dan penanda wacana.
3. Ayat yang dibina mestilah tentang apa-apa yang terdapat dalam gambar dan tersurat.
4. Calon dilarang menulis pandangan peribadi tentang gambar.
5. Ayat-ayat untuk gambar bersiri hendaklah mengikut nisbah yang sesuai, iaitu seimbang mengikut nisbah yang sesuai, iaitu seimbang mengikut nisbah gambar.
6. Ayat perlu dinomborkan : 1-5
7. Boleh diberikan watak pada gambar.
8. Jangan menulis lebih daripada 5 ayat.
Selepas menulis
1. Baiki tulisan yang tidak jelas.
2. Semak imbuhan/ejaan/tanda baca terutama huruf besar pada permulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat.
3. Semak struktur ayat.
4. Pastikan tiada kesilapan pada bahagian ini untuk memperoleh markah penuh (10 markah)
5. Jika siap awal berpindah ke bahagian lain untuk menjimatkan masa.

UPSR 2012

Selamat menduduki peperiksaan UPSR murid-murid tahun 6 sesi 2012.

Kata kerja

1. Menyimbah – menyiram sekali gus sehingga basah dengan kuantiti air yang banyak (menggunakan baldi, gayung dan sebagainya)

2.Menyiram – mencurahkan air (kuantiti air yang banyak daripada menjirus) dan lain-lain pada sesuatu supaya bersih, basah dan sebagainya (pokok bunga, air mawar)

3. Merenjis – titik-titik air dan lain-lain yang berselerak ke sana-sini tetapi lebih menghala ke sesuatu kawasan (istiadat tepung tawar, kain yang direnjis dengan air sebelum diseterika)

4. Menatang – membawa sesuatu dengan tapak tangan (dulang)

5. Menjunjung – membawa sesuatu di atas kepala (kendi, buyung dan sebagainya)

6. Menjinjing – membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah. (beg plastik)

7. Menakik – membuat takuk ((kesan lurah) pada pokok dan lain-lain dengan menggunakan parang.

8. Memangkas – memotong hujung (rumput, pokok renek dan sebagainya)

9. Menanak – perbuatan masak nasi.

10. Menjerang – masak khas untuk air

11. Merendang – memasak hingga kering dengan santan (ayam, daging dan sebagainya).

 

SOALAN PKSR TAHUN 6 BM

Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1                    “_____________ mestilah menjaga kebersihan kelas,” kata Muaz kepada kawan-kawannnya.

A   Kita

B   Kami

C   Beliau

D   Engkau

2                    Penduduk Kampung Damai berusaha untuk mengumpulkan wang bagi _________ masjid.

A   membesar

B   dibesarkan

C   memperbesar

D   memperbesarkan

3                    Aiman membeli enam _________ tembikai dari gerai buah-buahan itu.

A   bilah

B   keping

C   potong

D   puntung

Soalan 4  berdasarkan gambar di bawah ini.

4                    Pak Rahim ___________ buah durian yang telah gugur di dusunnya.

A   mengangkat

B   mengambil

C   memegang

D   mengutip

5                    Najihan mengalami ___________ nafas kerana keadaan cuaca pada hari itu berjerebu.

A   seksa

B   sesak

C   sebak

D   susah

6                    Encik Redzuan menggunakan __________ untuk mengukur sudut 90 darjah pada pelan rumah berkembar itu.

A   kekisi

B   tetikus

C   sesiku

D   bebola

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah ini.

7                    Izzat duduk di tepi pantai ____________ menikmati keindahan pemandangannya.

A   sambil

B   supaya

C   tetapi

D   lalu

8                    Encik Mohd Faizul _____________ isterinya sebentuk cincin emas bertatahkan berlian .

A   dihadiahi

B   dihadiahkan

C   menghadiahi

D   menghadiahkan

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9                    Ibu menyandarkan payung itu di __________ bilik selepas pulang dari kedai.

A   tengah

B   bawah

C   sudut

D   sisi

10                Ketika menyusuri pinggir hutan itu, kami dapat mendengar dengan jelas bunyi ________ yang nyaring.

A   pepijat

B   reriang

C   lelabah

D   lelabi

11                Keluarga Pak Mat mengadakan majlis kenduri doa selamat sebagai tanda __________  kerana kejayaan anaknya dalam UPSR

A   kemulian

B   kesyukuran

C   ketenangan

D   kemenangan

12                Dina Husna  __________ kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas kerana usahanya yang gigih.

A   peroleh

B   perolehi

C   memperoleh

D   memperolehSoalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini

13                Kakak Fatimah sedang _________ ketupat untuk menyambut hari raya.

A   menganyam

B   mengupas

C   menyirat

D   menjala

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah ini.

14                Puan Rohaniza ______________ lauk-pauk yang disediakannya untuk makan tengah hari.

A   meletakkan

B   mengeluarkan

C   mempamerkan

D   menghidangkan

15                Mesyuarat Kurikulum di Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu dihadiri oleh ____________ sahaja.

A   Guru Besar

B   Guru-Guru Besar

C   Guru Besar-Besar

D   Guru Besar-Guru Besar

16                Siti Suhana mengambil beberapa __________ serai dan dua __________ daun kunyit muda di belakang rumahnya.

A   helai … helai

B   batang … helai

C   rumpun … ketul

D   pucuk … kuntum

17                Setelah berbincang, mereka telah ____________ tentang perkara itu.

A   gelap mata

B   murah hati

C   bulat kata

D   bulat hati

18                Para pelancong haruslah mematuhi __________ berpakaian ketika melawat ke Masjid Putrajaya.

A   tatacara

B   tataetika

C   tatatertib

D   tatasusila

19                Jalan raya dari Tapah ke Comeron Highlands _______________ .

A   licin-licau

B   kusut-masai

C   lintang-pukang

D   bengkang-bengkok

20                “________________ semua murid berkumpul di dewan sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat,” kata Guru Besar.

A   Minta

B   Tolong

C   Pelawa

D   Jangan

Soalan 21

Pilih perkataan seerti  bagi perkataan bergaris.

21                Novelis itu mendapat ilham menulis novel “Mahligai Gading” ketika bercuti di Tasik Kenyir.

A   ilusi

B   idea

C   karya

D   inspirasi

Soalan 22

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.

22                Nurul Athirah menceritakan kisah hidupnya dengan nada yang sebak.

A   sayu

B   girang

C   geram

D   lantang

 

Soalan 23

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

23                Murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan dalam tempoh yang ditetapkan.

A   Mengapakah murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan ?

B   Siapakah yang mengingatkan murid-murid supaya menjawab semua soalan?

C   Bagaimanakah murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan ?

D   Apakah peringatan yang diberikan kepada murid-murid?

Soalan 24

Pilih jawapan  yang  sesuai bagi ayat tanya di bawah ini.

24                Hari sudah jauh malam. Mengapakah kamu tidak memadamkan lampu?

A   Saya akan tidur apabila lampu dipadamkan.

B   Saya akan memadamkannya jika diberitahu lebih awal.

C   Saya biasa berjaga hingga larut malam, tidak perlu lampu dipadamkan.

D   Saya sedang membaca buku. Sebentar lagi lampu ini akan saya padamkan.

Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25                Kalau tidak kerana Saiful, belum tentu pasukan bola sepak kita akan memenangi perlawanan dengan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela itu.

A   Kemenangan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela itu disebabkan

oleh kehadiran Saiful.

B    Pasukan bola sepak sekolah menang dalam perlawanan dengan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela kerana kehebatan Saiful.

C    Kalau tidak kerana sekolah, tidak mungkin Saiful akan memenangi perlawanan dengan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela.

D   Kehadiran Saiful, pasukan bola sepak sekolah tentu akan memenangi perlawanan menentang pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela.

Soalan 26

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

26                Walaupun Amirul Irfan dan Amirul Hakim saudara kembar tetapi tingkah laku mereka jauh berbeza seperti _______________ .

A   anjing dengan kucing

B   pahat dengan penukul

C   pinang dibelah dua

D   langit dengan bumi

Soalan 27 dan Soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27        I           Seluar yang dipakai oleh Pak Hassan itu agak singkat sedikit.

II         Sungai di kampung itu sungguh singkat airnya sejak bulan lepas.

III        “Para penculik itu singkat pemikirannya,” kata pihak polis kepada kami.

IV        Lawatan Yang Berhormat Ahli Parlimen Titiwangsa ke kawasan perumahan kami

singkat saja.

A         I dan III sahaja

B         III dan IV sahaja

C         I, III dan IV sahaja

D         I,II, III dan IV

28        I           Kawasan perumahan setinggan di pinggir kota itu telalu sesak.

II         “Pesakit asma biasanya mengalami sesak nafas,” jelas Doktor Wahab.

III        Stadium itu penuh sesak dengan ribuan peminat bola sepak tanah air.

IV        Sikap boros menyebabkan dia selalu sesak walaupun gajinya lumayan.

A         II dan III sahaja

B         I,II dan III sahaja

C         II, III dan IV sahaja

D         I , II , III dan IV

Soalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

29        I           Pemuda yang berseluar hitam itu berasal dari Temerloh, Pahang.

II         Di waktu malam, suasana di Kampung Kuala Ibai sunyi sepi.

III        Wau ialah satu daripada permainan tradisional masyarakat Melayu.

IV        Berbagai-bagai jenis kuih-muih dijual di warung Mak Jemah setiap hari.

A         I dan III sahaja

B         I dan IV sahaja

C         I,II dan III sahaja

D         I,II dan IV sahaja

30        I           Junaidi suka mendengar lagu-lagu berentak keroncong.

II         Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini.

III        Ketiga-tiga orang pegawai Bank Simpanan Nasional itu kawan ayah saya.

IV        “Masukkan sedikit cili sos ke dalam masakan itu,” kata ibu kepada kakak.

A         I dan III sahaja

B         I, II dan III sahaja

C         I, III dan IV sahaja

D         I , II , III dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

9.00 pagi        

Ayah dan pak long masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa orang jiran dan penduduk kampung turut berada di situ untuk sama-sama membantu. Ibu dan kakak sibuk menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Aku dan Miswan sedang mencuba-cuba mikrofon yang disewa daripada Persatuan Belia Kampung Sungai Nipah.

9.45 pagi

Nasi minyak dan nasi putih serta lauk-pauk sudah siap dimasak. Lagu “Selamat Pengantin Baru” mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin pakaiannya. Pak long mengarahkan aku dan anaknya, Miswan mengemaskan, menyusun, dan mengelap kerusi meja di bangsal tetamu.

10.15 pagi

Sanak saudara terdekat mula tiba. Ada antara mereka yang membawa hadiah untuk abang long. Dua puluh orang anggota kumpulan Rebana Sinar Nurani tiba pada masa yang sama. Ketibaan mereka memang kami nanti-nantikan. Mereka akan menghiburkan tetamu dan jemputan dengan lagu-lagu irama padang pasir.

11.30 pagi

Para tetamu sudah memenuhi keempat-empat buah bangsal yang telah disediakan. Ayah ke hulu dan ke hilir melayan saudara mara, sahabat handai dan para jemputan. Ayah kelihatan agak kekok dan gementar. Aku, Miswan, dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk menghidangkan makanan.

12.00 tengah hari

Rombongan pengantin perempuan tiba. Pasangan pengantin disambut dengan tembakan ke udara sebanyak tujuh das oleh pak long. Paluan rebana dan aksi pencak silat turun mengalu-alukan ketibaan “Raja Sehari” itu. Pasangan ini kemudiannya diiringi ke bangsal untuk menikmati hidangan yang disediakan.

31        Apakah yang mungkin dilakukan oleh ayah dan pak long pada pukul 9.00 pagi ?

A         Melayan tetamu

B         Mendirikan bangsal

C         Memasak lauk-pauk

D         Mencuci pinggan mangkuk

32        Berdasarkan petikan di atas, siapakah Miswan ?

A         Adik penulis

B         Abang penulis

C         Kawan penulis

D         Sepupu penulis

33        Di manakah majlis kenduri kahwin tersebut diadakan ?

A         Rumah pak long

B         Rumah keluarga pengantin lelaki

C         Balai Raya, Kampung Sungai Nipah

D         Rumah keluarga pengantin perempuan

34        Mengapakah ayah penulis kelihatan agak kekok dan gementar ?

A         Dia tidak pernah menghadiri majlis kenduri kahwin

B         Tetamu yang hadir dalam majlis kenduri tersebut telalu banyak.

C         Bimbang akan hidangan lauk-pauk yang disediakan tidak

mencukupi.

D         Baru kali pertama mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya.

35        Pernyataan manakah yang salah tentang petikan di atas

A         rombongan pengantin tiba pada pukul 12.00 tengah hari

B         hidangan lauk- pauk dimasak oleh ibu dan kakak penulis.

C         para jemputan terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.

D         Majlis tersebut turut diserikan oleh Kumpulan Rebana Sinar Nurani.

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

 

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

  • Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan.
  • Patuhi had laju yang ditetapkan. Berhati-hatilah ketika memandu.
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong.
  • Sentiasa patuhi semua peraturan jalan raya. Bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar kuning dan berhenti sepenuhnya apabila lampu isyarat bertukar merah. Beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  • Jangan ekori kenderaan di hadapan dengan rapat kerana perbuatan ini selalu mengakibatkan kemalangan.
  • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong kenderaan lain. Jangan memotong jika teragak-agak.
  • Jangan memotong barisan atau menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab munasabah.
  • Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana perbuatan itu  mendatangkan bahaya.

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA !

 36        Merancang perjalanan adalah penting supaya pemandu tidak

A         mengantuk

B         keletihan.

C         kebosanan.

D         terburu-buru.

37        Bilakah pemandu perlu berhenti di lampu isyarat ?

A         Apabila lampu isyarat hijau

B         Apabila lampu isyarat merah

C         Apabila lampu isyarat kuning

D         Apabila lampu isyarat kuning atau merah

38        Apakah yang sering menjadi punca kemalangan ?

A         Mengekori kenderaan di hadapan dengan rapat

B         Berhenti di lorong kecemasan apabila kenderaan rosak

C         Tidak berhenti ketika lampu isyarat bertukar kuning

D         Memotong kenderaan lain dengan yakin

39        Pilih pernyataan tidak benar tentang petikan

A         Jangan mencelah di antara kenderaan

B         Beri keutamaan kepada pejalan kaki

C         Jangan menukar lorong ketika di tepi jalan raya

D         Pandu kenderaan mengikut had laju yang ditentukan

40        Rangkai kata tidak fokus dalam petikan bermaksud

A         tidak selesa

B         tidak bermasalah

C         tiada lesen memandu

D         tidak dapat memberikan tumpuan

KERTAS SOALAN TAMAT

SKEMA JAWAPAN

 

NO

JAWAPAN

NO

JAWAPAN

1

A

21

D

2

C

22

B

3

C

23

D

4

D

24

D

5

B

25

B

6

C

26

D

7

A

27

C

8

C

28

D

9

C

29

A

10

B

30

B

11

B

31

C

12

C

32

D

13

A

33

B

14

D

34

D

15

B

35

B

16

B

36

D

17

C

37

B

18

A

38

B

19

D

39

A

20

A

40

D

 

 

 

PANDUAN MEMBINA AYAT ITEM BAHAGIAN A

Bahan yang diperolehi daripada internet….

 

NILAI-NILAI MURNI

Bahan yang diperolehi daripada internet untuk kita berkongsi bersama….

 

 

Nilai-nilai Murni

Bahan ini diperolehi daripada seorang guru Bahasa Melayu di sekolah. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

CONTOH PENULISAN RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN HARIAN BAHASA MELAYU

Previous Older Entries

Ogos 2014
I S R K J S A
« Ogo    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.